Khas untuk Mahasiswa UTM

Posted: 08/09/2011 in BERSENDA GURAU, KOMEDIKOPI

Salam sejahtera..

Dah baca surat khabar hari ini? Kalau belum, tak perlu baca sebab saya nak cerita isi kandungan surat khabar tersebut..

Tuntut jangan tak tuntut..

PENGUMUMAN BARU OLEH PM

(ELAUN SARA HIDUP)

PEKELILING 111 – Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira kursus pengajian di Universiti Teknologi Malaysia sebanyak RM500.00 satu semester berkuatkuasa September 2011 bagi menampung kenaikan yuran pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.

Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian mahasiswa yang dilihat terhimpit dengan masalah kewangan.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 8 september 2011.

Mahasiswa UTM yang layak  perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan kad matrik untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Tawaran Kemasukan – Original
2. Surat Pengesahan Pengajian- Original
3. Surat Akuan Pendapatan Keluarga – (terbaru)

dan…

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

sertakan 80 penutup botol Coca-Cola…….. Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha! !!! Dah!

Pergi ulangkaji pelajaran…. kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk…..

Sekian.. :)

(diolah daripada cikguhaidi.wordpress.com)

Leave a comment