Orang Misteri

Posted: 01/20/2011 in BERJENAKA BERSAMA ZM

Pada suatu hari, seorang juruukur hendak pulang daripada mengukur keluasan ladang getah di satu tempat yang agak terpencil. Ketika itu, dia sedang berjalan seorang diri menuju ke keretanya.Hujan pula turun dengan renyai. Tiba-tiba, dia terasa seperti dirinya sedang diekori.

Dia menoleh ke belakang sambil melajukan langkahnya tetapi tiada sesiapa. Apabila dia memandang ke depan sahaja.BEDEBUSH!!!!!!!!!!!…….,rupa-rupanya dia telah berlanggar dengan sebatang pokok getah. Ketika sedang dia terduduk di sisi pokok itu sambil menahan kesakitan yang dialaminya tadi, dia ternampak seseorang yang memakai baju hujan dan memegang sebilah pisau berada di belakangnya.Wajahnya tidak begitu jelas. Apa lagi juruukur tadi pun berlari macam nak gila.

Orang misteri tadi terus mengejarnya. Semasa juruukur itu berlari, dia ternampak ada beberapa lagi orang yang berpakaian sama seperti orang yang sedang mengejarnya di pokok-pokok getah di tepinya berdiri tegak sambil memandangnya.Ketika itu, dia teringat cerita-cerita seram yang pernah ditontonnya sebelum ini. Sesampainya di kereta, dia cuba membuka kunci pintu keretanya dengan tergesa-gesa.

Orang misteri itu semakin hampir dengannya. Juruukur itu tidak berjaya lalu dia terduduk disisi keretanya sambil merayu ke arah orang yang misteri itu.

“Tolonglah, jangan apa-apakan saya”, kata juruukur itu sambil menangis.

“Bertenang encik, saya tak buat apa-apa pun”, balas lelaki misteri itu.

“Saya cuma nak beritahu encik, yang “teropong” encik tertinggal kat sana tu.

Rupa-rupanya, lelaki misteri itu adalah seorang penoreh getah disitu. Begitu juga yang lain-lain.

Keesokan harinya, juruukur itu tidak lagi bersendirian. Dia melakukan kerja ukur bersama rakan juruukur yang lain.

Comments
  1. PYON says:

    Assalamualaikum wbt….cerita jenaka bersama ZM nie benar2 membuat saya teringat kisah2 yg lama sewaktu masih bekerja di sebuah firma swasta….banyak sangat kenangan manis,pahit,sakit,suka,riang dan macam2 lagi…insya’allah tak sabar melihat kawan2 semua meneliti realiti sebenar kehidupan sebagai seorang jurukur atau pon chairman jer nanti sewaktu latihan industri ( atau paling hampir pada cuti 4 bulan nanti ) hehehe…sangat seronok bila dapat berkongsi bersama2 pengalaman kerja ukur nie….pengalaman adalah guru terbaik didalam hidup….~

  2. miss ninny says:

    nice story la.. hehehe so conclusion wat keja mest la sepakat dan jgn hidup sensorg ja..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s