DIARI SEORANG JURUKUR (2)

Posted: 02/11/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA

HARI 2

Semalam aku mengalami satu mimpi yang buruk. Aku mimpi yang aku telah terjatuh di dalam sebuah gaung yang sangat dalam dan amat gelap. Aku terdengar suara beberapa suara memanggil nama aku. Suara itu menyuruh aku lari sejauh yang mungkin daripada tempat itu.Walaubagaimanapun, aku langsung tidak mengendahkan suara-suara itu. Tiba-tiba, terdapat sepasang mata berwarna merah dihadapanku memandang aku seperti seekor singa yang sangat lapar. Aku pun berundur selangkah demi selangkah. Tidak lama kemudian, beribu-ribu pasang mata lagi muncul dari setiap arah memenuhi kesemua ruang di dalam gaung itu. Selepas itu, aku pun terjaga.

Ah………..mimpi cuma permainan tidur sahaja. Apa yang penting sekarang, hari ini aku akan memulakan kerja ukur di pulau ini. Tepat jam 8 pagi, kami pun memulakan kerja. Oleh kerana GPS tak dapat digunakan kerana tidak mendapat gelombang satellite, kami terpaksa menggunakan Total station untuk melakukan kerja terabas. Kami disuruh oleh pihak atasan untuk mencari luas dan isipadu pulau itu disertakan dengan kontour seluruh pulau.

Hari ini aku hanya meninjau kawasan sekeliling pulau itu sahaja bersama Calvin dan Neela. Kami berjalan sepanjang persisiran pantai pulau itu sambil melakar gambaran kasar pulau itu. Aku sempat bersembang dengan Calvin dan Neela sepanjang perjalanan itu. Mereka berdua mempunyai masalah masing-masing yang ditinggalkan sebelum ke pulau ni . Maklumlah mereka berdua telah pun berumahtangga, umur mereka pun 5 tahun lebih tua daripada aku dan Sarah.

Calvin mempunyai masalah dengan ibu dan isterinya. Ibu dan isterinya tiada persefahaman dan langsung tidak bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Pantang bertemu muka, asyik bergaduh saja. Hal itu membuatkan si Calvin ni serba salah. Neela pula runsing dengan perangai suaminya yang selalu balik lewat malam dan mabuk apabila pulang ke rumah . Bukan sahaja kaki botol sahaja tapi kaki judi, kaki rokok, kaki pukul, semua kakilah yang ada termasuklah kaki bangku dengan kaki ayam.

Aku pula dengan masalah aku dengan adik perempuan aku. Haih………memang susah nak menjaga adik perempuan. Itu baru seorang kalau ramai lagi tak tahula. Aku bersifat terbuka dengan Calvin dan Neela, mereka pun sama. Tambahan pula, aku mahu mengenal lebih rapat dengan rakan sekerja aku.

Sepanjang perjalanan itu kami telah temui beberapa batang tripod ,staf dan prism yang telah rosak dan kelihatan seperti telah lama ditinggalkan. Kami juga berjumpa dengan sebuah tide station yang telah using dan pecah. Walaubagaimanapun ianya boleh digunakan lagi. Jadi kami rasa, kami boleh memulakan leveling di kawasan ini.

Penat juga hari ni, berjalan sekeliling pulau walaupun pulau ni tidak lah sebesar mana. Kembalinya di tapak perkhemahan, Neela dan Calvin pun menceritakan apa yang telah dijumpai sepanjang perjalanan tadi. Aku pula tidak sabar hendak melelapkan mata sekarang ni. Huaaaaaah……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s