Junior Organization for Geomatics and Geoinformatics Student (JOGGS) Camp 2011

Posted: 03/11/2011 in AKTIVITI
Tags:

Jumaat, 25 Feb
Tarikh ini merupakan tarikh dimana persatuan ukur tanah daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, Universiti Teknologi Mara(UITM),Shah Alam, Universiti Teknologi Mara (UITM), Perak ,dan Politeknik Ungku Omar (PUO) bersama-sama Institution of Surveyors, Malaysia(ISM) bersatu hati dalam satu kem motivasi yang diberi nama JOGGS motivation camp yang diadakan di APBM, Port Dickson.
“ Apa itu JOGGS? Ianya merupakan singkatan bagi Junior Organization for Geomatics and Geoinformatics Student.”

3.00pm:
Kami, peserta-peserta kem kali ini berkumpul di stesen bas FAB. Seramai 20 orang sahaja yang sanggup melapangkan masa untuk kem JOGGS kali ini. Hal ini mungkin disebabkan mereka mempunyai perkara-perkara lain yang lebih mustahak seperti aktiviti kokurikulum, fieldwork, dan macam-macam lagilah. Paling sedih sekali, hanya 4 orang lelaki sahaja daripada 20 orang itu, selebihnya perempuan.

3.14pm:
Bas ada masalah teknikal. Kami bertolak lewat daripada masa yang telah ditetapkan. Apa boleh buat, kita hanya merancang tuhan yang tentukan.Perjalanan daripada Johor ke Port Dickson memakan masa yang agak lama.

7.00pm:
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 petang kami pun tiba di APBM, Port Dickson. Setelah memunggahkan bagasi kami , bas tadi pun pulang ke Johor semula. Ketika itu, keadaan di situ amat sunyi walaupun kedudukannya berada di tepi pantai. Tempat itu agak jauh daripada kawasan perumahan. Kami pun ‘check-in’ di situ. Tidak sempat pun kami melabuhkan punggung kami di katil, kami telah dipanggil untuk turun makan malam di dewan makan disitu.

8.45pm:
Lebih kurang waktu itu, kami buat pertama kalinya menjejakkan kaki di dalam dewan APBM tersebut.(ada air-cond……). Di situ, kami diberi goodie bag beserta dengan T-shirt JOGGS yang berwarna hijau.

Selepas itu, Timbalan pengarah program, Muhd Nasir b. Amin berucap sepatah dua kata selepas membaca doa pembukaan. Walaupun peserta-peserta daripada UITM, Perak dan PUO belum sampai, JOGGS telah bermula secara tidak rasmi pada malam itu.

Selepas itu, kami, peserta-peserta daripada UTM bersama peserta-peserta daripada UITM, Shah Alam membuat satu bulatan dan mengenalkan diri masing-masing.Pada masa itu, mereka semua masih malu-malu lagi antara satu sama lain.

Kami dibahagikan kumpulan secara rawak. Jadi setiap kumpulan akan ada peserta UTM dan UITM. Setiap kumpulan disuruh membuat sebuah logo kumpulan beserta sorakan juga kami disuruh membina pemikiran kreatif dengan membuat satu ciptaan daripada straw.


10.45pm:

Kami diberi rehat untuk supper sambil memikirkan tugasan-tugasan yang telah diberikan sebentar tadi.

11.10pm:
Bukan sahaja perut sudah kenyang, idea yang disimpan pun sudah penuh hampir melimpah jugaklah.Tibalah masa mempersembahkan hasil kerja masing-masing. Kumpulan demi kumpulan tampil ke depan memperkenalkan kumpulan mereka. Part yang paling best masa mereka membuat sorakan. Macam-macam gaya dan gelagat yang mencuit hati.

terbaik....Hahahahha

11.45pm:
Jespal memberitahu tentatif untuk hari esok dan seterusnya.

12.10pm:
Tiba masa untuk tidur. Pertama kali tidur di APBM, Port Dickson. Apa rasanya???

Kih....kih...kih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s