Cont…Junior Organization for Geomatics and Geoinformatics Student (JOGGS) Camp 2011

Posted: 04/08/2011 in AKTIVITI
Tags:

Sabtu,26 Feb

7.00 am:

Sejuk betul kawasan itu ketika waktu pagi. Mata pun agak payahla nak terbuka. Walaubagaimanapun, bangun tetap kena bangun. Selepas siap mengemas diri dan bersolat, kami terus ‘pecah-laju’. Dalam bahasa inggeris…….breakfast daa..

9.05 am:

Kami diminta untuk berkumpul di padang kawat untuk aktiviti seterusnya. Di situ kami melakukan sedikit regangan pagi. Pagi itu juga kami akan bersama meredah hutan belantara atau lebih dikenali senagai jungle trekking.Sebelum memulakan pengemberaan itu, kami diberikan sedikit taklimat keselamatan oleh jurulatih yang sudah mahir dengan kawasan hutan di situ. Kami diarahkan beratur mengikut kumpulan dan nombor badan diberikan kepada setiap orang. Nombor badan ini bertujuan untuk mengetahui bilangan orang yang masuk dan keluar daripada hutan itu nanti.

9.30 am:

Setelah wakil daripada kami selesai membaca doa, kami pun memulakan perjalanan meredah hutan Port Dickson.

Setelah kira-kira 1jam setengah kami berjalan, kami pun berhenti di satu tempat yang lapang di dalam hutan itu. Di sana , kami bermain satu permainan yang dipanggil ‘Aku kata’. Permainan ini menjana pemikiran kreatif kami untuk berfikir dengan pantas dan spontan.

Setelah setengah jam kami di situ, kami pun menyambung perjalanan kami. Kami berhenti lagi selepas 1 jam setengah berjalan. Kali ini kawasan persinggahan kami lebih lapang daripada sebelumnya. Di situ, kami bermain permainan ‘Ayam kata’. Permainan ini memerlukan kewarasan minda yang tinggi .Tok,tok,tok,toookkk………

Selepas 45 minit berehat, kami meneruskan perjalanan lagi. Laluan yang terakhir ini agak mencabar kerana perlu mendaki bukit dan menuruni bukit dengan tanah yang agak licin.

12.15 pm:

Setelah berpusing-pusing di dalam hutan , kami pun tiba di depan pintu masuk APBM itu. Kami berkumpul kembali di padang kawat untuk membilang bilangan orang. Setelah selesai semua, kami dibenarkan bersurai.

1.00 pm:

Sebelum balik ke bilik masing-masing, kami bersama menjamu selera di dewan makan APBM. Selepas makan, apalagi bantal la menjadi teman setia ketika itu. Kami pun berehat selepas hampir 4 jam meredah hutan. (Fuhh….penat kot).

2.15 pm:

Walaupun penat tadi tidak hilang lagi, kami terpaksa berkumpul semula di bilik ceramah untuk upacara perasmian kem motivasi JOGGS yang ke-3 itu. Bilik ceramah itu dipenuhi dengan kehijauan baju rasmi JOGGS yang diberi semalam. Kami pun bersama menunggu ketibaan VIP daripada ISM.

2.45 pm:

Akhirnya kem motivasi ini telah dirasmikan oleh En. Hasan bin Jamal, pengerusi GLS Division, ISM dengan lafaz bismillahirahmanirahim. Sebelum itu, kami telah dipersembahkan dengan persembahan montaj yang menunjukkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh ISM kepada mahasiswa-mahasiswi geomatik.

4.00 pm:

Bermula sudah kem motivasi ini secara rasmi dan kami telah disajikan dengan ceramah oleh En. Teo Chee Hai sebagai pembuka program. Ceramah yang disampaikan bertajuk “Geomatics and The Great Future”. Dengar pada tajuknya pun dah best tapi kepenatan kami bertrekking pagi tadi membuat kami mengantuk.  Walaubagaimanapun, kami dapat sedikit sebanyak daripada ceramah itu. Encik Teo Chee Hai melunaskan Geomatik sebagai satu displin untuk mengumpul,menyimpan,memproses dan menghantar. Kami juga belajar secara ringkas tentang Lidar Survey dan GPR.

5.00 pm:

Ianya habis satu jam lebih awal daripada masa yang telah diperuntukkan. Mungkin juga disebabkan penceramah itu melihat kami begitu penat ketika itu. Selepas itu kami pun bersurai dan balik ke bilik masing-masing. Bersiap untuk aktiviti seterusnya………

7.15 pm:

Turun makan malam pun lewat. Ini semua gara-gara kami semua terlajak tidur petang tadi. Makan malam kali ini special sikit, ala-ala BBQ gitu.

8.20 pm:

Malam itu kami begitu teruja kerana dalam slot ceramah malam itu akan menerangkan cara-cara untuk mengskodeng bintang. Ceramah itu bertajuk “Learning the Night Sky”. Cara paling mudah untuk mengkaji bintang adalah dengan mengenalpasti zon-zon bintang. Terdapat 88 zon bintang kesemuanya.

9.10 pm:

Teori sudah pun diisi, sekarang mari kita praktikkan pula. Kami berpeluang mencerap bintang menggunkan teleskop khas yang telah disediakan oleh ahli-ahli JUPEM.(teropong tu lagi besar total station. Fuyohhhhh,,,,)

10.30 pm:

Minum malam telah disediakan untuk kami.

11.00 pm:

Kami diberitahu yang kami akan membuat persembahan di sebuah rumah orang-orang tua di Seremban. Jadi kami dipecahkan kepada dua kumpulan, kumpulan 1,2,3 dan 4 berkoir dan kumpulan 5 dan 6 bersketsa. Jadi kami sama-sama berbincang untuk persembahan yang akan diadakan dua hari akan datang. Kumpulan koir sibuk mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan dan kumpulan sketsa pula sibuk mencai idea untuk persembahan mereka.

12.20 pm:

Kami telah dibenarkan tidur. Walaubagaimanapun, tidak semuanya tidur. Ada yang sedang buat assignmentlah , ada yang sedang sibuk tulis skrip untuk sketsalah. Akhirnya, lewat juga tidur.(Zzzzzzz……)

Comments
  1. siti hanisah says:

    haaaa syiok , dapat ramai kawan.. dan bnyak ilmu..^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s