DIARI SEORANG JURUKUR (3)

Posted: 07/11/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA
Tags:

Hari 3(rabu)- Halusinasi Calvin

Malam semalam, Calvin dan Neela berbincang bersama En. Ramli akan langkah-langkah kerja yang perlu dilakukan seterusnya. Lebih-lebih lagi dengan penemuan alat-alat mengukur yang sudah rosak ditepi pantai juga tide station yang sudah lama dibiarkan. Pagi ini, dengan semangat kental yang masih berapi-api di dalam dada, aku bersama-sama dengan Calvin dan En. Ramli bergerak ke Tide Station yang telah dijumpai oleh kami semalam. Hari ini aku juga telah dibuli oleh Calvin dan En. Ramli. Mentang-mentanglah aku yang paling muda, aku disuruh untuk memikul alat-alat. Dah la jauh…..Sabar je la……

En.Ramli telah memutuskan semalam untuk memulakan kerja ukur aras(leveling) terlebih dahulu. Jadi kami pun memulakan kerja , aku ditugaskan untuk memegang staf bersama-sama Calvin. Manakala, En.Ramli pula kendalikan alat digital level. Perkara yang paling aku benci dalam membuat kerja ukur aras ni ialah memegang staflah.

Mana tidaknya, dahlah kena berdiri macam patung tak boleh nak gerak-gerak. Lepas tu, kalau cepat ambik bacaan, tak kisahlah. Ini nak kena tercegat kat situ berjam-jam. Walaubagaimanapun, orang tua-tua pun pernah cakap, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Jadi , aku jadikan semua kesusahan itu sebagai satu pembelajaran juga sebagai satu pengalaman.

Setelah 5 jam berlalu, beberapa TBM(Temporary Bench Mark) telah siap kami tanam di serata pulau itu. Cuma bahagian tengah pulau itu sahaja kami tidak pergi. En. Ramli tidak membenarkan kami membuat sebarang pengukuran di dalam hutan tebal itu atas faktor-faktor keselamatan. Jadi selepas penat bekerja, kami pun balik ke khemah. Alangkah bestnya dapat duduk setelah lama berdiri. Penat aku tiba-tiba hilang apabila Sarah menghulurkan segelas air sejuk untuk aku. Walaupun ianya nampak biasa tetapi bagi aku itu adalah satu perkara yang luar biasa. Senyuman yang dilemparkan kepada aku membuat aku lebih terpukau.

Hari ini makan ikan sardin lagi. Dah macam muka sardin dah aku ni. Selepas solat zohor, aku bersiap untuk pergi ke khemah utama untuk membantu mereka. Ketika aku berjalan ke khemah utama, aku ternampak Calvin sedang menuju ke arah hutan. Langkah aku terpesong ke arah Calvin. Aku mengejarnya dari belakang. Dia terkejut ketika aku menyapanya seperti baru lepas lakukan pembunuhan. Cavin memberitahu aku yang dia ternampak sesuatu di dalam hutan tebal semasa kami sedang melakukan kerja ukur aras sebentar tadi.

Aku menafikannya. Mungkin ia hanyalah halusinasi dia sahaja tetapi Calvin tetap bekeras juga. Dia mahu masuk ke dalam hutan tebal yang telah dilarang oleh En. Ramli tadi. Aku berlagak berani dan mengikut dia masuk ke dalam huan tebal itu. Tidak sampai beberapa meter, tiba-tiba kami ternampak satu tapak perkhemahan yang telah musnah seperti telah diserang oleh segerombolan binatang.

Tanpa membuang masa , kami terus memberitahu En.Ramli lalu membawa En. Ramli ke tempat itu. Alangkah terkejutnya kami, tapak perkhemahan yang kami telah jumpa tadi telah hilang………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s