DIARI SEORANG JURUKUR (4)

Posted: 07/13/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA
Tags:

Hari 4(Khamis)– Mimpi atau realiti?

Semalam telah terjadi perkara pelik sekali lagi. Aku dan Calvin telah nampak satu kawasan perkhemahan yang telah musnah yang berada di kawasan hutan tebal di tengah pulau ini. Tiba-tiba sahaja khemah-khemah itu hilang apabila kami cuba menunjukkan penemuan kami itu kepada En.Ramli. Hari itu juga kami telah di ‘liur’kan oleh En. Ramli akibat tidak mengikut arahannya supaya tidak masuk ke dalam kawasan larangan itu. Tidak cukup dengan itu, kami juga telah dituduh penipu oleh Sarah dan Neela kerana cuba mengada-adakan cerita.

Walaubagaimanapun, aku nampak apa yang aku nampak. Mata aku masih boleh lagi membezakan antara mimpi dan realiti. Benda yang aku nampak semalam adalah realiti bukannya mimpi. Ini juga telah membuat aku jadi sejuk semacam. Hal ini kerana perkara-perkara seperti itu tidak pernah lagi terjadi pada aku. Itulah yang pertama  Aku lihat Calvin biasa saja seperti tiada apa-apa yang berlaku. Malah dia mendakwa aku seorang penakut (mana ada!!!)………sikit-sikit je lah.

Hari ini aku dan Calvin telah dikecualikan daripada kerja kerana kejadian semalam. Kami dipaksa untuk menjadi ‘bibik’ mereka untuk hari ini. Kami terpaksalah mengalah dan akur dengan hukuman itu. Walaubagaimanapun, kami masih percaya dengan apa yang kami nampak semalam. Kami berasa tidak berpuas hati kerana telah dituduh penipu. Lebih-lebih lagi apabila Sarah juga beranggapan sebegitu pada aku.(ini tak boleh jadi ni…..).

Aku dan Calvin telah bersetuju untuk pergi sekali lagi ke dalam hutan tebal itu yang berada betul-betul di tengah pulau hari ini. Dengan alasan untuk mencari kayu api, kami pun masuk ke dalam kawasan hutan dan terus menuju ke arah hutan tebal itu. Kami meninjau kembali tempat dimana adanya kawasan perkhemahan yang telah kami nampak semalam. Kami cuba selidik sekitar kawasan itu tapi usaha kami sia-sia. Hanya rimbunan daun-daun kering dan akar-akar yang menjalar sahaja di situ.

Dengan perasaan hampa, kami pun keluar dari hutan tebal itu dan meneruskan tujuan utama kami iaitu untuk mencari kayu api. Malam ini, Calvin telah menegur aku. Dia telah perasan yang aku berkelakuan pelik sejak keluar dari hutan tebal petang tadi. Memang aku senyap sahaja sejak dari keluar dari sana sehingga sekarang tetapi aku menafikan perkara itu. Hal ini untuk membuat Calvin berasa lega dengan jawapan aku. Sebenarnya, aku telah ternampak sesuatu ketika berada di dalam hutan tebal itu tadi. Mula-mula aku ingat cuma bayangan mata sahaja tetapi selepas diteliti, betul……….memang betul-betul ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s