DIARI SEORANG JURUKUR (5)

Posted: 07/18/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA
Tags:

HAri 5(jumaat)– Sabotaj

 

Hari ini aku masih teringat-ingat lagi akan sesuatu yang aku nampak semalam. Walaupun ianya tak lah begitu menakutkan tapi ianya telah menambahkan lagi kemisterian pulau yang tidak bernama ini. Aku ternampak ukiran anak panah di pokok-pokok di dalam hutan tebal semalam. Mula-mula, aku ingat ianya hanya urat-urat pokok yang biasa tetapi selepas dilihat dengan teliti ianya bukanlah sekadar urat kayu. Ianya seperti telah diukir oleh seseorang. Munkin ianya biasa jika di hutan-hutan biasa, ianya ditanda untuk  mengelakkan diri daripada sesat tetapi jika hutan di atas pulau ini, ianya sesuatu yang pelik.

Seingat aku , pulau ini belum pernah lagi di terokai oleh sesiapa. Pulau ini baru sahaja ditemui. Selepas ditambah tolak, di darab bahagi, aku rasa lebih baik aku buat bodoh je……. tak payah nak pening-pening pikirkan benda yang mengarut ni.

Pada pagi ni, En.Ramli telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi melancarkan lagi gerak kerja kami yang seterusnya. Di dalam mesyuarat itu, kami membincangkan kerja-kerja terabas yang akan dilakukan di atas pulau ini.Kami di pecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama, En.Ramli dan Calvin, kumpulan kedua pula, aku, Sarah dan Neela.

Bagi memudahkan lagi kerja, pulau ini telah dibahagikan kepada empat bahagian,. Bahagian timur laut, tenggara, barat daya dan barat laut. Keempat-empat bahagian ini tidak termasuk hutan tebal yang merupakan kawasan larangan bagi kami. Apabila aku melihat bahagian hutan tebal tidak di masukkan dalam bahagian-bahagian tadi. Aku beranikan diri untuk bertanya kepada En.Ramli walaupun aku tahu ianya adalah sia-sia. En.Ramli langsung tidak menjawab persoalan aku tadi. Dia hanya cakap “Aku bos kat sini!!! Suka hati akulah !!!!”.

Air muka En.Ramli tadi betul-betul serius ketika memberikan jawapan kepada aku tadi. Serius yang belum pernah aku nampak sebelum ini. Aku juga nampak ketakutan di dalam matanya tadi.Hmmmm…….I have a bad feelings about this.

Hari ini hari Jumaat. Jadi aku dan En.Ramli telah bersiap-siap untuk ke masjid berdekatan pulau itu dengan menaiki bot. Alangkahnya terkejutnya kami apabila kami melihat satu-satunya bot kami telah musnah seluruhnya. Ianya seperti telah disabotaj oleh seseorang. Tiada apa lagi yang tinggal di atas kapal kami itu,hanya serpihan-serpihan besi yang tidak berguna lagi. Kami mula panik dan tidak tentu hala. Lebih-lebih lagi aku yang sudah menjadi seperti seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya.

En.Ramli cuba menenangkan aku. Dia menegaskan supaya tidak memberitahu kepada yang lain akan berita itu supaya tidak mahu mereka panik. En.Ramli berjanji kepada aku untuk mencari jalan penyelesaiannya. Jadi dengan muka yang dibuat-buat gembira, kami pun balik ke khemah. Padahal dalam fikiran aku telah diracuni pelbagai andaian yang buruk. Mengapa ada orang cuba musnahkan bot kami? Betul ke ada orang yang tinggal dalam pulau yang dikatakan tidak berpenghuni ini? Apa-apa pun yang rosakkan bot kami, dia pasti tidak mahu kami meninggalkan pulau ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s