DIARI SEORANG JURUKUR (6)

Posted: 08/07/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA
Tags:

Hari 6 ( Sabtu )- Tulisan Sanskrit Purba.

Calvin, Neela dan Sarah masih tidak tahu lagi akan nasib yang menimpa ke atas satu-satunya bot kami semalam. Jauh di sudut hati aku, mahu sekali aku memberitahu mereka tetapi kenyataannya berita itu hanya akan membuat mereka lebih panik. Jadi aku membuat keputusan untuk menyembunyikannya buat masa ini.

Hari ini, aku, Sarah dan Neela ditugaskan untuk melakukan cerapan di kawasan tenggara pulau itu. Manakala , Calvin dan En.Ramli di kawasan barat daya pulau. Oleh kerana khemah-khemah kami berada betul-betul di hujung utara pulau itu, jadi kawasan yang ingin kami tuju itu boleh dikatakan jauh jugak la…….

En. Ramli telah memberikan sekata dua sebelum kami bergerak ke kawasan masing-masing. Raut muka En.Ramli langsung tidak menunjukkan sebarang kerisauan seolah-olah semalam tiada apa-apa yang telah berlaku. Ke“tenang”an yang ditunjukkan itu membuat aku lebih curiga.

Walaubagaimanapun, hari ini merupakan hari yang bermakna buat aku. Buat pertama kali aku berada dalam satu kumpulan dengan Sarah. Peluang ini aku tidak boleh sia-siakan begitu sahaja. Aku mesti bertindak…….tapi perasaan ego masih kuat dalam diri aku. Pagi tadi, aku buat-buat tidak memandangnya walaupun dalam hati aku ingin sekali aku menatap kejelitaannya itu.

Ada satu ketika, semasa kami sedang membuat kerja cerapan. Neela telah meminta izin untuk melakukan sedikit hal peribadinya. Jadi , ketika itu peluang aku cerah untuk mendekati si ‘dia’. Aku menolak kesemua perasaan ego dan malu aku dan aku beranikan diri. Belum sempat aku membuka mulut untuk bercakap dengan Sarah, tiba-tiba…….SARAH!!!!!!!! KAMU BERDUA CEPAT KE SINI !!!!!!!!!!!!

Neela telah menjerit memanggil kami seakan-akan dia telah menjumpai sesuatu yang bernilai. Jadi dengan perasaan kecewa, aku dan Sarah pun bergegas ke arah Neela. Alangakah terkejutnya kami apabila mendapati terdapat sebuah gua di kawasan kerja kami itu. Neela mengajak kami masuk kedalam gua itu tetapi Sarah menolak tawaran itu sekeras-kerasnya. Walaubagaimanapun, Neela tetap menarik tangan Sarah dan perlahan-lahan kami masuk ke dalam gua itu.

Keadaan dalam gua itu tidak dapat dijelaskan kerana sangat gelap. Mujurlah aku membawa lampu suluh. Apabila gua itu telah diterangi cahaya, barulah kami dapat melihat dinding-dinding gua itu sebenarnya dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang langsung kami tidak memahaminya. Aku tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud tulisan-tulisan itu.

Neela seakan-akan dapat membaca pemikiran aku. Dia memberitahu kami bahawa tulisan yang telah memenuhi ruang dinding gua itu merupakan tulisan Sanskrit purba. Dia dapat mengenal tulisan-tulisan itu kerana dia telah didedahkan dengan tulisan-tulisan itu sejak kecil lagi oleh mendiang neneknya. (Kebetulan yang mengujakan).

Jadi, Neela pun menterjemahkan tulisan-tulisan Sanskrit purba itu, “kepulauan misteri ini bukan hanya satu kebiasaan pulau-pulau, pulau ini memakan sesiapa sahaja yang mengganggunya, tiada simpati, tiada kemanusiaan , tiada belas kasihan, sesiapa sahaja disana, cerita ini bukan sekadar coretan,angkatkan kaki kamu dari pulau ini dan pergi ke mana sahaja selain daripada pulau ini”.

Aku dan Sarah tercengang seketika. Apatah lagi Neela yang sudah pun berpeluh-peluh seperti baru sahaja selesai merentas desa. Neela yang sangat takut itu mahu perkara itu disampaikan kepada En. Ramli dan Calvin. Dia juga menegaskan supaya kami semua mesti meninggalkan pulau itu secepat yang mungkin.

Walaubagaimanapun, Sarah menolak cadangan itu. Dia menyatakan tulisan yang berada di dalam gua itu hanya tulisan semata-mata walaupun raut wajahnya juga pucat lesi. Neela mengukuhkan lagi kenyataan tadi dengan menunjukkan satu simbol yang juga terlukis di dinding gua itu. Katanya simbol itu merupakan simbol kecemasan dan ianya bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Melihat raut wajah Neela, aku yakin dia bercakap benar. Semuanya telah terjawab, pulau yang sedang aku pijak sekarang ini mempunyai misteri di sebaliknya. Apakah maksud tersirat mesej yang disampaikan di dalam gua tadi? Apakah sebenarnya yang terjadi di atas pulau ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s