Persediaan Kerja Ukur Kadaster ( Sebelum e-Kadaster )

Posted: 08/07/2011 in BIDANG UKUR, KADASTER

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera….

Kerja-kerja ukur “title” ataupun ukur kadaster, sebagai contoh nak pecah sempadan ke, adalah perkara kritikal.

Apa yang perlu dibuat ialah :
***setelah pre-comp dan semua dokumen-dokumen disiapkan oleh orang-orang pejabat.

  1. Cari / beli PA untuk lot-lot yang terlibat tu, juga lot-lot bersebelahan
  2. Dah settle jumpa semua, key in balik lot-lot tu dalam AutoCAD. Boleh juga beli Digital data tapi mahal la sikit.
  3. Untuk locate lot jugak kadang-kadang jadi masalah. Kalau tuan tanah tak dapat datang tunjuk lot tanah tu, cari je pakai GPS.
  4. Bila dah kat site, mula-mula dan yang paling kritikal ialah cari datum yang bagus.
  5. Ok, bila dah jumpa batu-batu sempadan untuk datum tu, mula-mula skali kasi periksa betul-betul bearing dan jarak tu, biar ikut had yang dibenarkan. Juga jangan cakap banyak, amik je solar kat situ.
  6. Kadang-kadang tu kan, memang susah nak cari batu untuk mula. Kadang-kadang tu 1 batu je jumpa. Salah satu penyelesaiannya ialah, buat je satu baseline, pakai bearing PC (prismatic compass) dan buat je solar kat atas batu seketul yang di jumpa tu. Dah dapat bearing muktamad tu, terus je cari batu-batu yang lain. Insyallah dapat jumpa.
  7.  Bila dah dapat bearing muktamad, terus je mulakan terabas tu pakai bearing solar tu, kang tak ada la kene buat M untuk bearing-bearing. Sambil-sambil terabas keliling lot tu carilah semua batu-batu yang terlibat dengan lot tu.
  8. Oh ya, periksa dulu alat-alat ukur yang digunakan tu.
  9. FUNGSI  key in lot seperti no.2 tu ialah bagi memudahkan pengiraan bearing setiap batu sempadan.
  10. Kalau tak siap dalam masa sehari, nak sambung esok tu, periksa dulu stesen belakang korang elok-elok sebelum mula. Mana tahu kan kut-kut ada pak cik parking lembu-lembu dorang untuk makan masa korang dah balik kat situ.
  11. Dah siap terabas tu, kira terus misclose, buat terus pembetulan yang berkenaan dan traverse accuracy yang dibuat tu. Oh….nak close tu jangan tipu-tipu ye. Biar betul-betul close bawah 1′ 15″ untuk 1st class punya accuracy. Accuracy tu biar dalam tikaian yang dibenarkan.
  12. Lepas tu, kalau ada mana-mana batu yang telah di check dah hilang atau terganjak dari kedudukan asal masa buat trabas tu, batu-batu tu kena lah di refix. Kirakan satu baseline terbaik untuk pembetulan tanam pastian. Pastikan baseline tu masih lagi dalam had yang dibenarkan.
  13. Lepas dah settle pengiraan tu, boleh la mulakan tanam pastian tu.
  14. Dah settle, teruskan je dengan tanam batu-batu lain untuk pecah sempadan ke, atau pecah bahagian.
  15. Oh….ini lagi satu. Kalau nak ikutkan boleh je nak buat tanam pastian tu serentak dengan tanam batu-batu lain tu, macam surveyor-surveyor otai buat. Ikut la kemampuan lah.
  16. Dah settle tu, kemaskinikan buku kerja luar tu. Tulis tu kasi cantik-cantik. Jangan booking atas kertas lain, lepas tu salin balik. Bila buat macam tu, ruang untuk ko buat kesalahan dah terbuka 50%, contohnya silap tulis nombor.
  17. Siap…..

(sumber: http://surveytanah.blogspot.com/)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s