DIARI SEORANG JURUKUR (8)

Posted: 08/10/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA

Hari 8 (ISnin) – Kehadiran Budak Misteri.

Semalam, sepanjang hari aku dan Neela menunggu Sarah pulang ke tapak perkhemahan bersama-sama En.Ramli dan Calvin. Malangnya , bayang mereka pun tidak kelihatan. Aku tidak mahu membuat sebarang andaian tetapi sudah jelas bahawa mereka semua pasti dalam situasi yang bahaya.

Hari ini cuma aku dan Neela sahaja berada di kawasan perkhemahan ini. Neela sudah bertambah baik dan tenang daripada sebelum ini. Mungkin dia pun tahu yang dengan bertindak sedemikian akan membuat keadaan menjadi lebih buruk. Walaubagaimanapun, dia sudah tidak lagi seceria dulu.

Sementara Neela yang sedang duduk murung di tepi pantai, aku pula mencari ikhtiar untuk menarik perhatian orang ke pulau itu. Manalah tahu kalau-kalau ada kapal terbang atau kapal laut yang melalui kawasan pulau ini. Jadi aku telah mengumpul seberapa banyak kayu untuk dibakar. Dengan itu, asap yang dihasilkan dapat menarik perhatian mereka.

Sedang aku sedang mengumpulkan kayu api, tiba-tiba Neela menjerit memanggil aku. Tanpa menghiraukan kayu-kayu api tadi, aku terus berlari ke arah Neela. Neela mendakwa yang dia baru sahaja melihat seorang budak di dalam hutan pulau itu. Lantas, aku pun mencari kelibat budak yang dikatakan oleh Neela  tadi. Walaubagaimanapun, tiada sesiapa pun yang berada di situ.

Neela berkeras dengan pendiriannya dan mahu mencari budak itu di dalam hutan. Ketika itu aku menyangka itu hanyalah kesilapan mata Neela. Keadaan tegang sebegitu boleh menyebabkan manusia berhalusinasi. Jadi, aku membawa Neela ke dalam khemah dan memberikannya secawan the panas untuk menenangkan diri.

Selepas melihat Neela sudah mula kembali tenang, aku menyambung mengutip kayu api semula. Tidak banyak kayu api dapat dikumpul kerana aku hanya mencari di gigi-gigi hutan sahaja. Aku tidak mahu masuk ke dalam hutan itu yang penuh dengan misteri dan bahaya yang aku tidak tahu.

Walaubagaimanapun, aku beranikan diri untuk masuk sedikit sahaja ke dalam hutan itu demi mencari lebih banyak kayu api. Sedang aku memerhatikan sekeliling hutan itu, aku langsung tidak perasan terdapat cerunam di hadapan aku. Aku yang tidak berhati-hati tadi pun terjatuhlah macam buah durian yang sudah masak.

Nasib baik cerun itu tidaklah begitu tinggi. Di situ terdapat banyak kayu api yang aku perlukan. Dengan perasaan gembira kerana tidak perlu masuk ke hutan itu  lebih dalam lagi, aku pun mengutip seberapa banyak kayu api. Kegembiraan aku itu begitu awal. Aku yang asyik mengutip kayu-kayu api, tidak perasan langsung yang aku telah pun mengutip seketul tulang manusia.

Rupa-rupanya di kawasan itu bukan sahaja penuh dengan kayu-kayu kecil tetapi juga dipenuhi dengan tulang-tulang manusia. Ketika itu aku berasa sangat takut sehinggakan tidak mampu lagi menjerit meminta tolong. Dengan berlagak ‘cool’ aku pun keluar dari situ bersama-sama kayu-kayu api yang sempat aku kutip.

Beberapa andaian bermain di dalam kepala aku. Aku berdoa dan berharap ianya bukan tulang-temulang kawan-kawan aku. Belum sempat aku pulih daripada ketakutan tadi, Neela pula telah hilang . Dia tidak lagi di kawasan perkhemahan . Tiba-tiba, aku dapat melihat kesan tapak kaki yang menuju ke arah hutan.

Oh…..tidak, Neela mungkin telah masuk ke dalam hutan sewaktu aku sedang mencari kayu api. Mula-mula Sarah, sekarang Neela pula. Ahhhhhh!!!!!! Aku ni memang tidak berguna. Tunggu sekejap, kesan tapak kaki itu nampak pelik. Selain tapak kaki Neela, ada juga kesan tapak kaki yang lebih kecil. Mungkin tapak kaki seorang budak kecil.

Kehadiran budak di dalam hutan yang dikatakan Neela tadi memang benar ianya bukan khayalan. Siapakah sebenarnya budak misteri itu? Adakah terdapat manusia lagi di atas pulau itu selain kami berlima?……..Fuhhhhhhhhh, pening…pening

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s