DIARI SEORANG JURUUKUR (7)

Posted: 08/10/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA

HAri 7 (AHAD) – Tiada Jalan Pulang.

Kejadian semalam benar-benar telah mengecutkan perut aku. Apatah lagi Neela dan Sarah yang telah seakan-akan gila dengan hanya tulisan sanskrit purba di dalam gua semalam. Sejujurnya, ketakutan itu tidak berpunca daripada tulisan misteri yang tidak diketahui kesasihannya itu, tetapi ianya berpunca daripada keyakinan dan seriusnya Neela ketika itu.

Jadi, selepas sahaja kami keluar daripada gua itu, kami terus sahaja bergegas ke tapak perkhemahan kami. Sesampainya kami disana, Neela terus memecut ke arah tempat di mana kapal kami berlabuh. Melihat sahaja dia cuba ke sana, aku terus menghalangnya. Sememangnya aku tidak mahu dia melihat nasib kapal kami itu.

Walaubagaimanapun, Neela tetap meronta-ronta cuba meloloskan diri manakala Sarah hanya terpaku melihat kekalutan itu. Neela betul-betul takut dengan ancaman daripada dalam gua semalam. Jadi, aku tidak punya banyak pilihan. Aku pun memberitahu segala-galanya akan apa yang terjadi kepada kapal itu dan memberitahu Neela dan Sarah bahawa tiada jalan pulang untuk kita semua.

Neela hanya  tercengang . Sarah pula menyalahkan aku kerana menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan mereka. Tiba-tiba, Neela rebah ke tanah akibat daripada kekalutan itu. Aku mencadangkan supaya kami semua tunggu di kawasan perkhemahan sementara menunggu En.Ramli dan Calvin pulang. Sarah hanya mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju.

Malam itu, aku telah ditemani oleh Sarah berjemaah di dalam solat maghrib dan isyak. Kami memohon ke hadrat ilahi supaya dipertemukan jalan keluar bagi kami. Hanya kepada Dia sahajalah yang boleh kami minta pertolongan. Sementara Neela masih lagi tidak sedarkan diri, aku dan Sarah tertanya sesama sendiri akan dimana sebernanya En.Ramli dan Calvin yang masih pulang walaupun sudah larut malam.

Aku dapat melihat paniknya Sarah ketika itu. Jadi, aku menyuruh dia berehat sementara aku berjaga untuk memastikan keselamatan mereka. Sarah pun melawan rasa takutnya dan tidur dengan nyenyak. Melihat sahaja Sarah yang sedang nyenyak tidur itu, aku pun berjanji kepada diri aku sendiri yang aku akan melindungi Sarah walau apa pun yang mendatang.

Kira-kira jam 4 pagi, mata aku sudah mula kabur tetapi aku tetap melawan dengan semangat untuk melindungi Sarah. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sapaan Sarah dari belakang aku. Dia telah menawarkan diri untuk mengantikan tugas aku. Pada mulanya aku menolak, tetapi apakan daya aku memang sudah letih ketika itu. Jadi aku pun tidur dan Sarah pula yang berjaga.

Pagi ini, aku dan Neela yang sudah pun sedarkan diri dikejutkan dengan sekeping nota yang ditinggalkan oleh Sarah. Nota itu tertulis “ Minta maaf sebab pergi dengan senyap tetapi saya tidak boleh menunggu disini tanpa berbuat apa-apa. Saya telah membuat keputusan untuk keluar mencari En.Ramli dan Calvin.-Sarah”

Aku menyesal kerana membiarkan dia berjaga semalam. Ahhhhh….!!!!!!!! Aku tidak akan memaafkan diri aku jika terjadi apa-apa kepada Sarah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s