Keperluan Pengeluaran Almanak Falak Syarie Kebangsaan

Posted: 08/11/2011 in BIDANG UKUR, FALAK SYARIE
Tags: , ,

Oleh Mohamad Saupl Che Awang & Abdullah Daud

Gambar Hiasan

Pengeluaran almanak falak syarie untuk kegunaan kebangsaan adalah merupakan tanggongjawab yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat Islam. Pejabat almanak UTM telah melaksanakan tanggongjawab diatas dengan mengeluarkan almanak falak syarie sejak 1989.

 Ilmu falak adalah salah satu daripada ilmu-ilmu pasti. Oleh itu pengamalan ilmu falak adalah didasarkan kepada kaedah atau  cara yang menyakinkan dan bukannya berdasarkan kepada keraguan. Dasar perkiraan falak adalah kepada peredaran jasad-jasad samawi, sebagai contoh, matah.ari, bulan dan bintang relatif kepada kita di bumi. Maksud ayat-ayat AI-Quran, seperti ayat 5 Surah Yunus dan ayat 38 -40 Surah Yasin jelas menjadi dasar ilmu falak. Dalam mengamalkan ilmu falak kita  memerlukan data-data tentang kedudukan jasad samawi yang hendak rujukkan. Sayangnya pada ketika ini, barangkali oleh kerana kelemahan kita, almanak yang mengandungi data-data tersebut dikeluarkan oleh pihak lain yang mana tidak tahu menahu tentang ibadah kita bahkan merupakan musuh utama kita.

Perhitungan ilmu falak moden adalah berdasarkan kepada konsep Sfera Samawi yang mana telah dirumuskan dari cerapan yang berterusan oleh pakar astronomi Islam dan juga bukan Islam. Dalam kaedah ini kedudukan relatif jasad samawi yang hendak dihisab terhadap kedudukan kita (pencerap) di bumi boleh digambarkan dalam satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Sfera Samawi. Sfera Samawi adalah merupakan satu sfera yang berpusat pada pencerap di bumi dan mempunyai jejari yang infiniti. Jarak antara jasad samawi terhadap kita pencerap di bumi tidak menjadi persoalan utama tetapi yang dipentingkan adalah perubahan kedudukan relatif jasad tadi terhadap kita dari masa ke semasa.

Perhitungan falak syarie adalah perhitungan falak bagi kegunaan ibadah bagi kita orang-orang Islam. Secara amnya skop perhitungan adalah seperti berikut:

(a) Perkiraan waktu awal dan akhir untuk setiap solat fardhu dan solat sunat Dhuha.

(b) Penetapan awal bulan Hijriah bagi permulaan Puasa Ramadan, Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban serta pembentukan takwim Hijriah untuk setiap tahun.

(c) Perhitungan Gerhana Bulan dan Matahari

(d) Perhitungan Arah Kiblat

untuk maklumat lebih lanjut sila klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s