Kerjaya dibidang Jurukur

Posted: 08/14/2011 in BIDANG UKUR

Pekerjaan Juru Ukur merangkumi pelbagai kemahiran dan teknik yang kadangkalanya bertindih dengan menggunakan sumber tanah dan laut yang semula jadi atau yang di bina oleh manusia serta menyediakan atau menyemak peta dan carta atau pelan dalam bentuk digital ,grafik dan bergambar . Oleh itu mereka menggabung pelbagai kemahiran dengan cara yang berbeza untuk berkhidmat dalam pengkhususan tersebut yang dibantu oleh juru teknik ukur dan pembantu lain dalam kumpulan ukur.

Pekerjaan Yang Tergolong Atau Dikelaskan Dalam Bidang Ukur Adalah Seperti Berikut :

  • Juru Ukur Am
  • Ahli Kartografi
  • Juru Ukur Tanah
  • Juru Ukur Lombong
  • Juru Ukur Hidrografi
  • Juru Ukur Udara
  • Ahli Fotogrametrik
  • Juru Ukur Binaan
  • Juru Ukur Tani
  • Juru Ukur Bahan
Juru Ukur Tanah
Keterangan Tugas

  • Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan sempadan harta tanah,
  •  Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan,
  •  Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin,
  •  Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara,
  • Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain, imejan satelit dan data kaji ukur bagi menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain,
  •  Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik , estetik dan ekonomi bagi pengeluaran peta,
  •  Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan persembahan bergambar serta menguruskan sistem maklumat berautomatik,
  •  Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur dan pengukuran fotogrametrik, system kadaster(pemegang tanah) dan tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa lain,
  •  Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu,
  •  Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain yang berkaitan,
  •  Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Juru Ukur

  • Fikiran lojik dan teratur,
  •  Hasil kerja yang kemas dan tepat,
  • Berkemahiran menderaf,
  • Minat dalam sains, teknologi dan alam sekitar,
  •  Keadaan fizikal yang baik untuk kerja luar yang kadangkalanya melibatkan bentuk muka bumi yang sukar,
  • Kecenderungan dalam penomboran,
  • Kemahiran berunding dan berkomunikasi,
  •  Kebolehan menimbang kesan daripada perundangan dan alam sekitar.

Kelulusan Yang Diperlukan

  • Ijazah Serjana Muda dalam bidang ukur tanah.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain ( Tertakluk kepada perubahan semasa )

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,591.70 – RM 3,551.90
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 1,990 – RM 2,770

Prospek Kerjaya

Disektor awam mereka berpeluang meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan kejawatan utama yang terdapat disektor awam. Sementara itu di sector swasta pula mereka berpeluang menjadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka firma perundingan di bidang yang berkenaan.

Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

  •  Universiti Malaya
  •  Politeknik
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Kolej Tunku Abdul Rahman

Antara Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Yang menyediakan Kursus Tersebut :-

  •  L&G-Twintech Institute of Technology
  •  Sunway College
  •  Taylor’s College
Comments
  1. Anonymous says:

    ad lg 1..geomatika kolej…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s