Jenis-jenis Hakmilik Tanah

Posted: 08/15/2011 in KADASTER

Apa pulak PEMETA nak kongsikan kali nie? Dah penuh  Group PEMETA UTM dengan post dari blog nie, x de lain dah. haha. Ok lah, malas nak cakap banyak, kali nie PEMETA nak kongsikan Apakah yang dikatakan Hakmilik Tanah dan Jenis-jenis nya, dan suka untuk dinyatakan disini bahawa hakmilik tanah tidak mempunyai jantina… Selamat Membaca..:)

>>>><<<<

     Hakmilik ialah hasil terakhir kepada pemberimilikan atau pindahmilik. Ia menjadi bahan bukti keempuyaan tanah. Pada asasnya hakmilik mengandungi dua maklumat iaitu siapa tuan punya dan dimana tanah ia miliki. Disamping itu juga terdapat maklumat lain yang terkandung didalamnya untuk tujuan tertentu misalnya jumlah cukai tahunan, syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang dikenakan bertujuan untuk mengingatkan tuan punya tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Tidak semua syarat dan sekatan yang dikenakan tercatat dalam hakmilik kerana ada juga syarat dan sekatan yang termaktub dalam undang-undang sahaja. Sebarang urusan yang berkaitan dengan pindahmilik, pajakan, gadaian, isemen dan turunmilik atas sebab kematian dimasukan untuk menunjukkan siapa tuan punya dan pihak-pihak berkepentingan pada masa itu. Selain itu, kaveat, perintah larangan, nota perampasan, pengambilan tanah secara paksa atau maklumat lain dianggap perlu dimasukkan untuk menjadi makluman kepada pihak-pihak yang hendak berurusan dengan tanah tentang bebanan yang ada dan perkara lain berhubung hakmilik tersebut.

Dalam pendaftaran tanah, sesuatu tanah dikenal pasti melalui satu rujukan ukur (misalnya nombor lot, mukim, daerah). Sebelum
hakmilik tetap didaftarkan tanah itu diukur dan tanda-tanda sempadan ditanam di atasnya. Pelan tanah disediakan dan diperakukan oleh Pengarah Ukur Negeri. Pelan tanah yang telah diakui itu kemudian dipindahkan ke borang hakmilik tetap. Sementara menunggu hakmilik tetap dikeluarkan maka hakmilik sementara disediakan. Oleh itu terdapat dua jenis hakmilik iaitu hakmilik tetap dan hakmilik sementara.

Untuk menbaca dengan lebih lanjut, jangan segan, jangan malu nak mendownload dengan cara satu klik di sini. Maklumat dihujung jari. kekeke.

>>>>>><<<<<<

Sekian, terima kasih. Ceria-ceria selalu :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s