Diari Seorang juruukur 9

Posted: 09/23/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA

HARI 9 (SELASA) – Mesti Berani.

Isnin semalam amat berbeza dengan Isnin pada minggu lepas. Aku masih ingat lagi hari isnin itu, kami semua bergurau senda sewaktu pertama kali tiba di pulau ini. Kini, hanya aku sahaja yang tinggal. Seorang demi seorang hilang tanpa sebarang berita dan aku hanya duduk seperti tunggul di sini. Haiihhhhh……..

Kesunyian aku ini diubatkan dengan melihat gambar-gambar kami bersama sewaktu tiba sahaja di pulau ini. Walaubagaimanapun, aku tidak boleh menipu perasaan aku sendiri. Rasa hati yang bercampur baur ini belum pernah aku alami. Ketakutan, kesunyian, kekesalan……..Air mata pun gugur tanpa disedari.

Ketika ini aku betul-betul kelihatan seperti orang yang tidak berguna.Hanya mampu menangis dengan masalah-masalah yang dihadapi. Sejak kecil lagi aku mempunyai perasaan takut terutama sekali apabila keseorangan di tempat yang luas. Dengan erti kata lain, aku fobia dengan tempat yang luas dan lapang.

Sewaktu melihat gambar-gambar di dalam kamera digital kepunyaan Calvin, tiba-tiba terpapar gambar Sarah. Aku termenung seketika melihat keayuan wajahnya. Ketika itu baru aku tersedar, hanya aku sahaja yang tinggal untuk selamatkan Sarah. Biarlah setakut mana pun, demi perasaan aku terhadap Sarah, aku mesti berani!!!!!!

Lantas air mata dikesat dan tangan digenggam penuh semangat. Aku membuat keputusan untuk masuk ke tengah pulau misteri ini. Aku ingin merungkai misteri disebalik pulau ini. Aku sudah bosan menunggu dan menangis. Jadi, aku pun membuka langkah menuju ke hutan larangan di tengah pulau dengan membawa sekali kamera digital tadi.

Tidak beberapa meter aku masuk di dalam hutan itu, aku ternampak khemah-khemah yang aku jumpa tempoh hari bersama Calvin. Dengan semangat baru itu, aku terus mengeledah kawasan perkhemahan itu. Aku terjumpa data-data akan kawasan pulau ini. Aku juga terjumpa pelan-pelan yang tidak lengkap akan pulau misteri ini. Nampaknya, sebelum ini sudah ada juruukur-juruukur yang telah siap mengukur pulau ini.

Aku terus geledah kawasan itu untuk mendapatkan lebih banyak bukti. Setelah beberapa minit, aku temui sekeping gambar. Di dalam gambar itu terdapat empat orang juruukur sedang bergambar bersama-sama pelan mereka. Setelah dilihat dengan teliti, alangkah terkejutnya aku apabila mendapati salah seorang daripada mereka adalah En.Ramli.

Walaupun wajah di dalam gambar itu nampak lebih muda tetapi tidak aku silap lagi, orang di dalam gambar itu adalah En.Ramli. Kenapa? Bagaimana?….. berbagai soalan timbul di penjuru kepala aku. Tiba-tiba, tanpa disedari muncul En.Ramli tidak berapa jauh dihadapan aku. Badan dia berlumuran darah dan terdapat sebilah parang di tangan kanannya.

En.Ramli mula merapati aku. Tanpa berfikir panjang, aku terus membuka langkah seribu dan masuk lebih dalam di dalam kawasan hutan itu. Ketika itu, aku langsung tidak memikirkan bahaya yang akan aku hadapi di dalam hutan itu. Di dalam kepala aku hanya memikirkan satu perkara, adakah kesemua ini telah dirancang oleh En.Ramli dengan membawa kami ke pulau misteri ini dan membunuh kami semua? Apa tujuan dia sebenarnya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s