Diari Seorang Juruukur 10

Posted: 09/26/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA

Hari 10 (Rabu) – Hang Kesuma dan James Wong.

Akibat tidak berfikir panjang, aku telah sesat di dalam hutan larangan ini. Hari ini aku masih belum lagi memikirkan apa-apa rancangan. Kejadian semalam telah merencatkan fikiran aku. Kalau di ikutkan, boleh gila jadinya. Jadi aku membuat keputusan untuk tidak cepat membuat andaian. Mungkin ada penjelasan di sebalik kejadian semalam.

Selepas merehatkan mata seketika, aku meneruskan perjalanan semula. Langkah aku kali ini lebih berhati-hati. Mata aku luas memandang sekeliling. Telinga aku ppula peka dengan kawasan persekitaran. Keadaan di dalam hutan ini redup dan gelap. Aku tidak dapat meneka siang atau malam ketika ini.

Kira-kira sejam berjalan, perut mula bermain muzik. Sejak semalam aku tidak menjamah sebarang makanan. Tiba-tiba, aku terhidu bau yang mengoncangkan nafsu lapar aku. Aku mencari-cari punca bau itu. Tidak lama kemudian, aku terjumpa sebuah rumah yang di perbuat daripada kayu di satu kawasan yang luas dan rata.

Kawasan lapang itu seperti telah diratakan oleh seseorang dengan cukup cermat dan sempurna. Ahhhh…… tak kisahlah, perut aku pun dah lapar. Aku masuk ke dalam rumah itu selepas tiga kali memberi salam tetapi tidak berjawab. Di atas meja makan tersedia dua ketul peha ayam yang masih panas. Inilah yang dinamakan rezeki jangan ditolak.

Belum sempat tangan aku mencapai peha ayam itu, tiba-tiba……. SWOOOSHHH..,sebilah keris melayang melintasi mata aku. Nasib baik sempat elak. Cuma pipi aku sahaja tercalar. Lantas, aku terus menghalakan pandangan aku kearah pintu rumah itu. Kelihatan seorang lelaki cina berpakaian pelik dan seorang pendekar melayu sedang tegak berdiri di situ.

Lelaki cina itu boleh berbahasa melayu. Dia menuduh aku sebagai penceroboh dan mengarahkan pendekar di sebelahnya menamatkan riwayat aku. Pendekar itu membantah dengan egonya yang tinggi. Walaubagaimanapun, dia tetap mengambil kerisnya tadi dan menuju kearah aku. Habislah aku kali ini……..

Keadaan semakin tegang. Melihat wajah pendekar itu betul-betul serius. Lelaki cina tadi pula mengapi-apikan lagi keadaan. Dan……..brrrpppppp, perut aku berbunyi. Suasana menjadi sunyi seketika. Tidak lama kemudian, mereka berdua tergelak terbahak-bahak. Tidak aku sangka perut aku telah menyelamatkan nyawa aku kali ini.

Menyedari kesempatan itu, aku mula menerangkan keadaan yang sebenar. Apabila mereka telah mendengar cerita aku, mereka mula sedar kekalutan tadi hanyalah satu salah faham. Kini, aku dilayan dengan sangat baik. Mereka memberi makan malam mereka kepada aku malah menawarkan tempat untuk aku berteduh.

Selepas selesai menjamu selera, aku duduk bersembang dengan dua orang penghuni rumah itu. Kisah dua orang ini lebih menarik daripada aku. Tak sangka aku perkara sebegini boleh berlaku. Selalunya dalam filem-filem orang putih je. Jadi aku mengambil keputusan untuk bermalam disini sementara memikirkan hala tuju aku pada keesokan hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s