Diari Seorang Juruukur 10x

Posted: 09/26/2011 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA

Hari 10 (edisi khas) – Kisah Seorang Laksamana Muda dan Seorang Ahli Saintis.

Aku sengaja mengkhaskan satu ruangan untuk menceritakan latar belakang dua orang pemuda yang aku jumpa hari ini. Kisah mereka membuat aku tertanya-tanya dan hampir tidak percaya dengan cerita mereka.Aku mulakan cerita dengan pendekar yang hampir meragut nyawa aku.


Nama dia adalah Hang Kesuma. Hampir tergelak aku apabila dia memberitahu namanya tapi aku tahankan saja, takut nanti dia tikam aku dengan kerisnya. Percaya atau tidak, dia seorang laksamana yang baru dilantik pada zaman kesultanan melayu Melaka. Ketika itu, Sultan Alauddin Shah yang menjadi pemerintah.

Kisahnya, dia ditugaskan untuk mengikuti satu pelayaran ke Acheh. Dia bersama 20 orang anak kapal yang lain langsung tidak menjangka apa-apa semasa pelayaran mereka itu. Di pertengahan jalan , di atas selat Melaka, mereka diserang oleh sekumpulan lanun.

Walaubagaimanapun, lanun-lanun itu mudah sahaja ditumpaskan oleh Hang Kesuma. Bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang, mereka mengubah haluan mereka. Mereka melalui persisiran pantai utara tanah melayu. Pada mulanya, keadaan lancar dan tenang. Tidak lama kemudian , satu pusaran air yang besar tiba-tiba terbentuk di hadapan mereka.

Pusaran air itu menarik kapal mereka masuk ke dalamnya. Selepas itu, Hang Kesuma terus tidak sedarkan diri. Apabila dia sedar dia sudah terdampar di pulau ini. Dia mencari anak-anak kapal yang lain tetapi malangnya hanya dia seorang sahaja yang tinggal.

Cerita orang yang berbangsa cina ini lain pula. Namanya James Wong, anak jati negeri Johor, berusia 48 tahun dan dia adalah seorang saintis. Dia seorang ahli saintis yang kuat memperjuangkan soal alam. Senang cerita dia seorang yang mesra alam la.

Dia memberitahu pada tahun 2199, tiada lagi tumbuhan-tumbuhan hijau yang semulajadi ditemui di atas muka bumi. Hutan-hutan simpan sudah habis di nodai dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Arus pemodenan telah menhanyutkan kehijauan alam. Akibatnya, bumi terdedah dengan pelbagai pencemaran. Itulah yang dia kata.

Sekejap….., tahun 2199!!!! Tak mungkin. Pada mulanya, aku menyangka itu cuma gurauan yang langsung tidak kelakar. Walaubagaimanapun, dia tidak bergurau. Dia menunjukkan bukti dengan menekan satu butang pada dinding rumah ,tiba-tiba rumah itu mengecil dan membentuk sebatang pen. Apabila dia menekan belakang pen itu dan dicampakkan, rumah tadi pulih sediakala. Fuyooooh…….macam Dragon Ball tu!!!!!

Kisah James Wong lebih kurang sama seperti Hang Kesuma, cuma jika Hang Kesuma ditarik ke dalam pusaran air, James Wong pula ditarik oleh pusaran angin ketika sedang melakukan sedikit penyelidikan. Apabila ditanya semula, mereka sedarkan diri di atas pulau ini pada waktu yang sama iaitu pada hari aku mula-mula berpijak di atas pulau ini.

Adakah ini cuma satu kebetulan atau ianya satu misteri alam. Siapalah aku untuk menyingkap misteri ini.Sedangkan James Wong seorang saintis pun tidak mempunyai sebarang idea, inikan pula aku, seorang Surveyor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s