Diari Seorang Juruukur 11

Posted: 01/30/2012 in DIARI SEORANG JURUKUR, INI CERITA JE LA

Hari 11 – Kepercayaan Diri vs Keselamatan Diri.

Kegelisahan dan ketakutan aku seakan-akan disejat dengan adanya Hang Kesuma dan Prof.James disamping aku. Aku berasa selamat bersama mereka sehinggakan aku dapat melupakan langsung akan kehilangan sahabat aku yang lain.

Semalam, buat pertama kalinya aku tidur dengan nyenyak di atas pulau ini. Sehinggakan aku berharap kejadian yang menimpa aku di pulau ini cuma gurauan tiduran sahaja, dan apabila aku membuka mata, aku dapat melihat poster-poster di dinding bilik dan mendengar bingit jam loceng.

Walubagaimanapun, itu cuma khayalan indah rekaan aku. Pagi ini aku bangun dan masih berada di atas pulau misteri ini bersama-sama dua orang ikon negara yang berlainan dimensi masa. Aku langsung tidak berasa khuatir kerana aku tahu selagi mana aku masih berada di dalam rumah kecil ini, aku akan selamat dari sebarang ancaman.

Angan-angan aku ranap seketika apabila pagi itu Hang Kesuma dan Prof.James sedang sibuk mengemas barang mereka masing-masing. Mereka sudah sebulat suara untuk mencari jalan keluar daripada pulau ini. Mereka sudah puas menunggu dan tidak berbuat apa-apa.

Mereka memberi aku pilihan untuk turut serta atau hanya bersembunyi di dalam kecil ini. Prof.Wong memberi aku jaminan bahawa rumah itu selamat daripada sebarang bahaya. Namun, hati aku berbolak-balik seperti sebuah sampan yang diombakkan laut.

Aku langsung tiada rasa percaya akan diri jikalau aku mengikut mereka ke luar sana. Sudah pasti akan menjamu bahaya yang ‘enak-enak’ semua.Aku hanyalah seorang surveyor, berbanding mereka seorang laksamana dengan pencak silatnya dan seorang saintis dengan alatan canggihnya. Lebih baik aku duduk sahaja didalam rumah ini. Keselamatan aku pun terjamin.

Tapi. Tak guna juga jika tiada mereka disamping aku. Mungkin aku tidak akan mati dimakan binatang buas tapi mungkin akan mati kesunyian. Jadi aku membuat keputusan untuk turut serta dalam pengembaraan mereka. Aku perlu letakkan rasa ragu-ragu aku ketepi terlebih dahulu kerana buat masa ini benda itu semua tidak penting.

Sekarang, Calvin,Neela dan Sarah sedang menunggu aku. Aku akan masih tidak putus harapan. Aku akan hadapi apa jua halangan di dalam pulau misteri ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s