HARI 2

Semalam aku mengalami satu mimpi yang buruk. Aku mimpi yang aku telah terjatuh di dalam sebuah gaung yang sangat dalam dan amat gelap. Aku terdengar suara beberapa suara memanggil nama aku. Suara itu menyuruh aku lari sejauh yang mungkin daripada tempat itu.Walaubagaimanapun, aku langsung tidak mengendahkan suara-suara itu. Tiba-tiba, terdapat sepasang mata berwarna merah dihadapanku memandang aku seperti seekor singa yang sangat lapar. Aku pun berundur selangkah demi selangkah. Tidak lama kemudian, beribu-ribu pasang mata lagi muncul dari setiap arah memenuhi kesemua ruang di dalam gaung itu. Selepas itu, aku pun terjaga.

Ah………..mimpi cuma permainan tidur sahaja. Apa yang penting sekarang, hari ini aku akan memulakan kerja ukur di pulau ini. Tepat jam 8 pagi, kami pun memulakan kerja. Oleh kerana GPS tak dapat digunakan kerana tidak mendapat gelombang satellite, kami terpaksa menggunakan Total station untuk melakukan kerja terabas. Kami disuruh oleh pihak atasan untuk mencari luas dan isipadu pulau itu disertakan dengan kontour seluruh pulau.

Hari ini aku hanya meninjau kawasan sekeliling pulau itu sahaja bersama Calvin dan Neela. Kami berjalan sepanjang persisiran pantai pulau itu sambil melakar gambaran kasar pulau itu. Aku sempat bersembang dengan Calvin dan Neela sepanjang perjalanan itu. Mereka berdua mempunyai masalah masing-masing yang ditinggalkan sebelum ke pulau ni . Maklumlah mereka berdua telah pun berumahtangga, umur mereka pun 5 tahun lebih tua daripada aku dan Sarah.

Calvin mempunyai masalah dengan ibu dan isterinya. Ibu dan isterinya tiada persefahaman dan langsung tidak bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Pantang bertemu muka, asyik bergaduh saja. Hal itu membuatkan si Calvin ni serba salah. Neela pula runsing dengan perangai suaminya yang selalu balik lewat malam dan mabuk apabila pulang ke rumah . Bukan sahaja kaki botol sahaja tapi kaki judi, kaki rokok, kaki pukul, semua kakilah yang ada termasuklah kaki bangku dengan kaki ayam.

Aku pula dengan masalah aku dengan adik perempuan aku. Haih………memang susah nak menjaga adik perempuan. Itu baru seorang kalau ramai lagi tak tahula. Aku bersifat terbuka dengan Calvin dan Neela, mereka pun sama. Tambahan pula, aku mahu mengenal lebih rapat dengan rakan sekerja aku.

Sepanjang perjalanan itu kami telah temui beberapa batang tripod ,staf dan prism yang telah rosak dan kelihatan seperti telah lama ditinggalkan. Kami juga berjumpa dengan sebuah tide station yang telah using dan pecah. Walaubagaimanapun ianya boleh digunakan lagi. Jadi kami rasa, kami boleh memulakan leveling di kawasan ini.

Penat juga hari ni, berjalan sekeliling pulau walaupun pulau ni tidak lah sebesar mana. Kembalinya di tapak perkhemahan, Neela dan Calvin pun menceritakan apa yang telah dijumpai sepanjang perjalanan tadi. Aku pula tidak sabar hendak melelapkan mata sekarang ni. Huaaaaaah……..

FIND YOUR OWN NAUTICAL CHART

Posted: 01/22/2011 in UMUM

ASSALAMUALAIKUM, anneyeong haseyo, konichiwa,sawadikap.. min na..

sajak ambe cilok dari blog senior msti ada diantara korang dah pernah baca, tapi ambe nak share jugak, sharing is caring.

setiap orang mesti ada direction untuk masa depan diri sendiri supaya ape yang korang belajar dan pengalaman yang korang ada tidak disia-siakan, so pikir ape yang korang patut buat dalam masa 3 tahun akan datang, dimana korang semua dan pastikan coordinate korang adalh betul supaya korang tak menyesal ape korang dah alami, Because honestly, you oll don’t want to look back at the end of the year and mourn over “what could have been.”

p/s = well, ambe tak biasa la guna wordpress ni, so kalu ada salah silap ..gomen ne…

entry by kaseh warina

Abu Si Pandai

Posted: 01/22/2011 in BERJENAKA BERSAMA ZM

Pada satu hari, pelajar-pelajar  juruukur UTM berkumpul di makmal UKK untuk melakukan kerja lapangan seperti biasa selepas bercuti selama sebulan. Kesemua pelajar sedang sibuk mengambil perkakas dan peralatan untuk kerja ukur yang akan dilakukan. Tiba-tiba datang Abu, seorang pelajar cemerlang semester yang lepas.

Pelajar 1: Bertuah la kalau dapat satu kumpulan dengan si Abu tu.

Pelajar 2: Mesti cepat je kerja dapat siap.

Abu tersipu-sipu melihat orang memuji-mujinya tadi.

Apabila mereka semua siap mengambil peralatan masing-masing, mereka pun bergerak ke tempat yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

Pelajar 3: Kau tahu tak lagi nak guna Total Station ni?

Pelajar 4: Tak tahulah, kita suruh Abu jelah yang handle Total Station tu.

Selepas setupkan Total Station tu, mereka pun menyuruh Abu mengajar mereka cara menggunakan Total Station itu semula. Abu pun dengan bangganya bersetuju.

Abu: Apalah korang ni, baru je satu bulan cuti dah tak tahu guna benda ni.

Abu pun cuba menghidupkan Total Station itu tapi tidak berhasil. Dia mencuba lagi sekali dan tidak juga berhasil. Pelajar-pelajar di situ sudah memandang jengkel kepadanya. Abu yang tidak mahu menjatuhkan reputasinya cuba menghidupkan Total Station itu sekali lagi tetapi masih tidak berhasil. Setelah puas mencuba dia pun dengan bangganya berkata….

Abu: Alat ni rosak, pergi mintak tukar dengan abang UKK, dari tadi tak dapat on pun.

Pelajar 5: Memanglah benda tu tak mahu hidup, bateri pun kau tak letak lagi.Aduh…jem-jem.

Abu hanya tunduk malu.

Cerita-cerita ini tidak berkenaan dengan sesiapa, ianya hanyalah rekaan semata-mata.

DIARI  SEORANG  JURUUKUR

HaRI 1

Hari ini aku bangun lebih awal daripada biasa. Kebiasaanya, jam 5 pagi tapi hari Isnin ini aku paksa diri aku bangun seawal  jam 3.30 pagi.Hari ini, aku ditugaskan bersama En.Ramli, Calvin,Sarah dan Neela untuk membuat kerja ukur di sebuah pulau berdekatan dengan sempadan Thailand. Kami diberitahu pulau itu baru sahaja ditemui beberepa hari yang lalu.

Aku bertolak dari rumah kira-kira jam 4.30 pagi. Perjalanan dari KL ke Perlis memakan masa selama  5 jam dengan kelajuan yang paling maksimum pernah aku bawa.Nasib baik tak kena saman. Memang salah aku pun. Sepatutnya aku kena berkumpul kat sana semalam, awal sehari daripada tarikh yang ditetapkan tapi Arsenal punya pasal aku sanggup kena saman.

Muka En.Ramli berkerut apabila nampak aku baru je sampai.Masak aku kena dengan dia. Macam-macam dia ceramah kat aku.Benda yang sama semua, seorang juruukur mesti patuhi masa, seorang juruukur perlu berdisplinla,..Bla…Bla…Bla Kalau sekali je dia buka mulut macam mesingun  tapi aku tetap respect kat dia. Dia merupakan seorang ketua yang berkaliber dan dia juga banyak memberi tunjuk ajar kepada aku yang baru setahun jagung dalam kerjaya ini.

Sebelum bertolak ke pulau itu, kami semua membuat perbincangan untuk memudahkan kerja nanti. Aku langsung tidak memberi perhatian ketika itu. Aku asyik merenung kearah Sarah,kekasih gelap aku. Sudah lama aku menaruh hati terhadapnya sejak dari universiti lagi tapi aku masih malu untuk meluahkan persaan aku terhadapnya.Mungkin aku tak secocok dengan dia ibarat the Beauty and the Beast.

Kami bertolak ke pulau itu selepas zohor. Kira-kira 40 minit kami pun sampai. Pulau itu tidak lah sebesar Pulau Pangkor tapi pulau itu seakan-akan berbentuk seperti kepala seekor helang.Kami memasang khemah dan memunggahkan barang-barang kami. En.Ramli mengarahkan kami memulakan tugas keesokan harinya sebab hari pun semakin gelap.Aku tak sabar menunggu hari esok untuk memulakan kerja ukur.Aku merupakan orang pertama yang akan mengukur keluasan pulau ini.Hahahha……….

Gambar hiasan je….

Orang Misteri

Posted: 01/20/2011 in BERJENAKA BERSAMA ZM

Pada suatu hari, seorang juruukur hendak pulang daripada mengukur keluasan ladang getah di satu tempat yang agak terpencil. Ketika itu, dia sedang berjalan seorang diri menuju ke keretanya.Hujan pula turun dengan renyai. Tiba-tiba, dia terasa seperti dirinya sedang diekori.

Dia menoleh ke belakang sambil melajukan langkahnya tetapi tiada sesiapa. Apabila dia memandang ke depan sahaja.BEDEBUSH!!!!!!!!!!!…….,rupa-rupanya dia telah berlanggar dengan sebatang pokok getah. Ketika sedang dia terduduk di sisi pokok itu sambil menahan kesakitan yang dialaminya tadi, dia ternampak seseorang yang memakai baju hujan dan memegang sebilah pisau berada di belakangnya.Wajahnya tidak begitu jelas. Apa lagi juruukur tadi pun berlari macam nak gila.

Orang misteri tadi terus mengejarnya. Semasa juruukur itu berlari, dia ternampak ada beberapa lagi orang yang berpakaian sama seperti orang yang sedang mengejarnya di pokok-pokok getah di tepinya berdiri tegak sambil memandangnya.Ketika itu, dia teringat cerita-cerita seram yang pernah ditontonnya sebelum ini. Sesampainya di kereta, dia cuba membuka kunci pintu keretanya dengan tergesa-gesa.

Orang misteri itu semakin hampir dengannya. Juruukur itu tidak berjaya lalu dia terduduk disisi keretanya sambil merayu ke arah orang yang misteri itu.

“Tolonglah, jangan apa-apakan saya”, kata juruukur itu sambil menangis.

“Bertenang encik, saya tak buat apa-apa pun”, balas lelaki misteri itu.

“Saya cuma nak beritahu encik, yang “teropong” encik tertinggal kat sana tu.

Rupa-rupanya, lelaki misteri itu adalah seorang penoreh getah disitu. Begitu juga yang lain-lain.

Keesokan harinya, juruukur itu tidak lagi bersendirian. Dia melakukan kerja ukur bersama rakan juruukur yang lain.

PENASIHAT: ENCIK USMUNI BIN DIN
—————PRESIDEN—————
JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL LATIF

——-TIMBALAN PRESIDEN I——–
SAWALIAH BT M ANWAR

——–TIMBALAN PRESIDEN II——-
AHMAD AFIFI BIN NORDIN

———SETIAUSAHA AGUNG———-
NURUL IZZATI BINTI ABD KARIM

—-TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG—
NORFAZILA BT KASSIM

———-BENDAHARI KEHORMAT——
KOH WEN YING

–TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT–
ADZLAN BIN AINEE

Salam Pengenalan

Posted: 01/16/2011 in UMUM

Salam pengenalan, salam penghormatan, salam 1 Malaysia dan salam bersalaman( sesama muhrim je tau).

Blog ini diukir untuk mengenalkan atau menperketengahkan lagi Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah, UTM Skudai atau lebih dikenali sebagai PEMETA kepada masyarakat umum. Segala aktiviti yang akan dijalankan mahupun yang telah dijalankan akan diperlihatkan disini. Blog ini juga akan turut diisikan dengan isu-isu semasa, bukan semasa, agak-agak semasa dan pelbagai lagi informasi yang berfaedah, dan cadangan-cadangan yang lain boleh diusulkan kemudian.

Sebelum kaki mencapai tanah, sebelum jari bertemu jari, ingin kami memohon maaf jika sebarang informasi-informasi disini menguris perasaan sesiapa atau tidak mencapai tahap kepuasan anda. Kami adalah manusia biasa, kami tidak dapat lari daripada kesilapan dan kesalahan.

Budi bicara pemanis kata,

Pena yang buta tidak berwarna,

Dengan rasa tidak beberapa bangga,

Kami persembahkan blog PEMETA.