Ukur Guna Basikal

Posted: 08/04/2011 in VIDEOS

kalu ade sape-sape yang jumpe basikal tepi jalan jangan buat macam nie pulak ye, mengamuk tuan basikal tu nanti..

Lawak Geodetic

Posted: 08/04/2011 in VIDEOS

HAri 5(jumaat)– Sabotaj

 

Hari ini aku masih teringat-ingat lagi akan sesuatu yang aku nampak semalam. Walaupun ianya tak lah begitu menakutkan tapi ianya telah menambahkan lagi kemisterian pulau yang tidak bernama ini. Aku ternampak ukiran anak panah di pokok-pokok di dalam hutan tebal semalam. Mula-mula, aku ingat ianya hanya urat-urat pokok yang biasa tetapi selepas dilihat dengan teliti ianya bukanlah sekadar urat kayu. Ianya seperti telah diukir oleh seseorang. Munkin ianya biasa jika di hutan-hutan biasa, ianya ditanda untuk  mengelakkan diri daripada sesat tetapi jika hutan di atas pulau ini, ianya sesuatu yang pelik.

Seingat aku , pulau ini belum pernah lagi di terokai oleh sesiapa. Pulau ini baru sahaja ditemui. Selepas ditambah tolak, di darab bahagi, Read the rest of this entry »

Hari 4(Khamis)– Mimpi atau realiti?

Semalam telah terjadi perkara pelik sekali lagi. Aku dan Calvin telah nampak satu kawasan perkhemahan yang telah musnah yang berada di kawasan hutan tebal di tengah pulau ini. Tiba-tiba sahaja khemah-khemah itu hilang apabila kami cuba menunjukkan penemuan kami itu kepada En.Ramli. Hari itu juga kami telah di ‘liur’kan oleh En. Ramli akibat tidak mengikut arahannya supaya tidak masuk ke dalam kawasan larangan itu. Tidak cukup dengan itu, kami juga telah dituduh penipu oleh Sarah dan Neela kerana cuba mengada-adakan cerita.

Walaubagaimanapun, aku nampak apa yang aku nampak. Mata aku masih boleh lagi Read the rest of this entry »

Hari 3(rabu)- Halusinasi Calvin

Malam semalam, Calvin dan Neela berbincang bersama En. Ramli akan langkah-langkah kerja yang perlu dilakukan seterusnya. Lebih-lebih lagi dengan penemuan alat-alat mengukur yang sudah rosak ditepi pantai juga tide station yang sudah lama dibiarkan. Pagi ini, dengan semangat kental yang masih berapi-api di dalam dada, aku bersama-sama dengan Calvin dan En. Ramli bergerak ke Tide Station yang telah dijumpai oleh kami semalam. Hari ini aku juga telah dibuli oleh Calvin dan En. Ramli. Mentang-mentanglah aku yang paling muda, aku disuruh untuk memikul alat-alat. Dah la jauh…..Sabar je la……

En.Ramli telah memutuskan semalam untuk memulakan kerja ukur aras(leveling) terlebih dahulu. Jadi kami pun memulakan kerja , aku ditugaskan untuk memegang staf bersama-sama Calvin. Manakala, En.Ramli pula kendalikan alat digital level. Perkara yang paling Read the rest of this entry »

Sabtu,26 Feb

7.00 am:

Sejuk betul kawasan itu ketika waktu pagi. Mata pun agak payahla nak terbuka. Walaubagaimanapun, bangun tetap kena bangun. Selepas siap mengemas diri dan bersolat, kami terus ‘pecah-laju’. Dalam bahasa inggeris…….breakfast daa..

9.05 am:

Kami diminta untuk berkumpul di padang kawat untuk aktiviti seterusnya. Di situ kami melakukan sedikit regangan pagi. Pagi itu juga kami akan bersama meredah hutan belantara atau lebih dikenali senagai jungle trekking.Sebelum memulakan pengemberaan itu, kami diberikan sedikit taklimat keselamatan oleh jurulatih yang sudah mahir dengan kawasan hutan di situ. Kami diarahkan beratur mengikut kumpulan dan nombor badan diberikan kepada setiap orang. Nombor badan ini bertujuan untuk Read the rest of this entry »

Jumaat, 25 Feb
Tarikh ini merupakan tarikh dimana persatuan ukur tanah daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, Universiti Teknologi Mara(UITM),Shah Alam, Universiti Teknologi Mara (UITM), Perak ,dan Politeknik Ungku Omar (PUO) bersama-sama Institution of Surveyors, Malaysia(ISM) bersatu hati dalam satu kem motivasi yang diberi nama JOGGS motivation camp yang diadakan di APBM, Port Dickson.
“ Apa itu JOGGS? Ianya merupakan singkatan bagi Junior Organization for Geomatics and Geoinformatics Student.”

3.00pm:
Kami, peserta-peserta kem kali ini berkumpul di stesen bas FAB. Seramai Read the rest of this entry »

Takwim Aktiviti Pemeta

Posted: 02/21/2011 in AKTIVITI

19 JANUARI 2011 – Lawatan ke Pusat Hidrografi Nasional

12 FEBRUARI 2011 – Bengkel MatLab dan Autocad

24-27 FEBRUARI 2011 – ISM JOGGS Motivation Camp

8 JULAI 2011 – Khidmat Masyarakat ( Program Bersamamu)

21 SEPTEMBER 2011 – ISM Introduction Day

23-25 SEPTEMBER 2011 – Geomatic Junior Camp

14-16 OKTOBER 2011 – Geomatic Family Day dan Dinner

26-28 OKTOBER 2011 – Lawatan Utiliti ISM

5 NOVEMBER 2011 – Bengkel Pemantapan Latihan Industri

Fokus……fokus

Posted: 02/16/2011 in BERJENAKA BERSAMA ZM

Pada suatu hari yang tenang terdapat dua orang pelajar geomatik yang sedang melakukan kerja terabas di tepi sebuah bukit.

Aiman: Aduh, JPA tak masuk lagi. Aku dah kering dah ni.
Zafran:Boleh tak kau tolong aku, Man?
Aiman: Apa dia?!!
Zafran: Boleh tak kau tolong fokus sikit. Dari tadi asyik bising je pasal JPA kau.
Aiman: Aku fokuslah ni, tak nampak ke aku catat semua bacaan ni.
Zafran: Kalau macam tu, biar aku pulak yang catat kau observe pulak.
Aiman: Iyela.

Tiba-tiba, telefon bimbit Aiman berbunyi,(Ting,Ting……Ting,Ting)

Aiman: Yeah……..JPA dah masuk dah hari ni. (……sambil melompat kegembiraan)
Zafran: Hati-ha…..

Belum sempat Zafran memberi amaran, tiba-tiba Aiman dengan tidak sengaja menolak total station yang berada di situ. Apalagi, total station tu pun jatuhlah. Aiman dan Zafran hanya kaku melihat total station itu berguling-guling jatuh menuruni bukit.

Zafran: Man, tadi kau cakap JPA kau dah masuk kan?
Aiman: Aiman tak kisah. (……bergenang air mata……)